Selasa, 3 Ogos 2010

PELITA ANJUR HASDI 2010

Ketua Satu Pelita, Tuan Sharif Putera (Kiri) menyampaikan cenderahati kepada Exco Kerajaan Negeri, YB Dato' Abdul Rahin Mohd Said selepas sidang akhbar Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Selepas Anugerah Sastera Darul Iman (ASDI) dihentikan penganjurannya pada 2007, Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) sekali lagi diberikan amanah untuk menganjurkan Malam Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI) pada hujung tahun ini.

Pelbagai Kategori yang bertujuan bagi melahir dan menggalakan penulisan sastera di kalangan penulis anak Terengganu disediakan melalui HASDI ini.

Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk membiayai sepenuhnya pengajuran acara yang berprestij ini. Perkara itu diumumkan Exco Kerajaan Negeri, YB Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said pada sidang media khas di pejabatnya di Wisma Darul Iman semalam.

Beliau yang ternyata gembira dengan penganjuran acara itu berkata, kerajaan negeri berharap pertandingan tersebut akan dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.

1 ulasan:

  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    BalasPadam